CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, May 16, 2009

Kunci Format Dokumen

P
ada Microsoft Word 2007 terdapat sebuah fungsi yang memungkinkan anda untuk mengunci pemberian format pada sebuah dokumen. Maksudnya, jika anda mengaktifkan fungsi ini pada dokumen milik anda, siapa pun tidak akan dapat memberikan format - baik itu bold, italic, underline, atau mengubah jenis dan ukuran huruf - jika tidak mengetahui password-nya.

Penguncian formatting ini juga diguna supaya “pembaca” tidak dapat menambahkan style apa pun pada dokumen serta tidak dapat mengubah warnanya. Shortcut keyboard untuk melakukan pemformatan seperti [Ctrl] + [B], [Ctrl] + [I] dan sejenisnya juga turut dinon-aktifkan.

Ikuti langkah-langkah di bawah ini:

1. Jalankan Microsoft Word, kemudian buka dokumen yang ingin anda kunci formatnya melalui menu [File] > [Open].
2. Setelah dokumen terbuka, klik [Review] > [Protect Document] > [Restrict Formatting and Editing].
3. Di bahagian kanan tetingkap akan muncul Task Pane Restrict Formatting and Editing. Tandakan checkbox di bahagian [Limit formatting a selection of styles]. Dengan cara ini maka tidak akan ada orang yang dapat mengubah seting format di dokumen anda.
4. Untuk mengaplikasikan perubahan yang telah anda lakukan, klik [Yes, Start Enforcing Protection].
5. Setelah anda klik tombol tersebut, akan muncul sebuah kotak dialog yang akan meminta anda untuk memasukkan password. Password tersebut nantinya dapat digunakan untuk menon-aktifkan kembali penguncian formatting.

Sekarang dokumen anda telah aman dari tangan-tangan jahil yang mengedit format dokumen yang telah anda buat. Untuk mengaktifkan kembali proteksi ini, klik [Review] > [Protect Document] > [Restrict Formatting and Editing] > [Stop Protection] kemudian masukkan password yang sudah anda tentukan tadi.




Monday, May 4, 2009

Tips Penjagaan Persekitaran Komputer

D

isini ada beberapa tips penjagaan persekitaran komputer untuk anda.Tips ini adalah untuk penjagaan persekitaraan komputer anda.Jika anda berjaya melakukan 4 tips ini, Insya’Allah komputer anda boleh bertahan lama.

1. Debu
Musuh komputer yang utama adalah debu/habuk.Jangan letak komputer anda di bahagian sentiasa mempunyai habuk seperti berhampiran dapur.Jangan letakkan komputer anda dibahagian bawah atau berada dilantai, ia memudahkan lagi habuk merosakkan komputer anda.Sekiranya anda membersihkan umah, seperti menyapu, mengibas permaidani atau baju jauhi dari komputer anda.Seelok2nya sediakan bilik khas untuk komputer ” Bilik Komputer”

2. Minuman dan Makanan
Elakkan daripada minum atau makan ketika menggunakan komputer.Ia akan mendatangkan masalah sekiranya air atau makanan anda tertumpah pada keyboard atau perkakasan lain.

3. No smoking

Asap atau habuk rokok boleh menyebabkan kerosakan pada komputer.Habuk rokok mudah menyelinap masuk pada celah2 keyboard.Sekiranya anda bukan perokok, jauhilah komputer anda dari perokok2 ketika menghisap rokok untuk menggunakan komputer anda. 'Lagipun merokok tu kan haram...'

4. Haba
Haba juga adalah salah satu musuh utama kerosakkan komputer.Gunakanlah komputer anda di tempat yang mempunyai aliran udara yang bagus.Semakin lama anda menggunakan komputer semakin banyak haba dikeluarkan.Sekiranya haba terlampau panas, Ia boleh menyebabkan kerosakkan pada komponen komputer spt processor. Seelok2nya gunakanlah kipas atau penghawa dingin di persekitaran komputer anda.




Saturday, May 2, 2009

Radio online


S
oftware ni membolehkan kita mendengar radio dengan mudah secara online... Pilih aje station radio mana nak dengar pastu play... Mudah je kan...

Kalau nak download, klik kat sini...