CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sunday, December 14, 2008

Rombakan subjek akademik Sekolah Rendah

Ilmu komunikasi pelajaran berteras kesenian diperkenal di sekolah rendah

Beberapa mata pelajaran bersifat akademik di sekolah rendah akan digugurkan dan digantikan subjek baru yang memberi penekanan terhadap latihan amali selaras dengan transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010.

Mata pelajaran baru yang akan diperkenalkan termasuk komunikasi dan subjek berteras kesenian, seperti drama serta tarian.


Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian bagaimanapun belum memuktamadkan mata pelajaran yang akan digugurkan kerana kajian mengenainya masih dijalankan.


"Ia akan dimuktamadkan tidak lama lagi. Langkah memperkenalkan subjek baru bersifat praktikal ini bertujuan menilai kebolehan pelajar secara lebih menyeluruh serta adil dan bukannya berdasarkan peperiksaan semata-mata.

"Ia bagi menyamaratakan peluang antara pelajar bandar dan luar bandar mencapai kecemerlangan lebih seimbang, selain memastikan pelajar seronok mengikuti pembelajaran serta tidak dibebani pelajaran tidak perlu," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat, Khamis lalu, mengenai transformasi pendidikan pada peringkat sekolah rendah yang bakal dirintis mulai 2010.


Hishammuddin berkata, rombakan yang menjadi sebahagian agenda utama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) itu akan diteliti pihak berkepakaran secara holistik dan antara aspek ditekankan ialah mengenai sejarah negara.

Mengulas lanjut, Alimuddin berkata, kementerian juga akan menggubal buku teks baru serta sukatan kurikulum yang lebih relevan.

Katanya, ketika ini sistem pendidikan sekolah rendah menyenaraikan terlalu banyak mata pelajaran dengan hampir semua subjek teras, wajib dan tambahan bersifat akademik semata-mata.

Alimuddin berkata, transformasi yang dilakukan itu bukan saja akan memberi wajah baru kepada sistem pendidikan rendah negara, malah bakal memupuk bakat serta kecenderungan pelajar yang tidak terhad kepada akademik semata-mata.

"Objektif utama transformasi ini adalah bagi menghasilkan modal insan yang mempunyai lebih ketrampilan, daya saing dan keyakinan diri yang tinggi, di samping mampu menempatkan diri mereka dalam suasana dunia lebih mencabar nanti.

"Oleh itu, penggunaan sistem penilaian berdasarkan Nilai Gred Purata Komulatif (CGPA) atau sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan institusi pengajian tinggi (IPT) akan diperkenalkan mulai 2010 dengan markah yang diperoleh murid dari Tahun Satu hingga Enam dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian pelajar," katanya.

Beliau berkata, kementerian sudah memulakan projek perintis bagi memperkenalkan transformasi itu di 50 sekolah rendah terpilih sejak pertengahan tahun ini, manakala 500 sekolah lagi akan memulakan program itu mulai tahun depan.

"Walaupun program perintis sudah dilaksanakan di sekolah terpilih, ia hanya membabitkan sebahagian transformasi yang digariskan dan segala kelemahan yang dikesan akan diperbaiki sehingga ia dilaksanakan di semua sekolah mulai 2010," katanya.

Alimuddin berkata, modul latihan di institut pendidikan guru (IPG) juga dirombak selaras dengan perubahan itu.

15 RAHSIA SENYUM & TAWA

(PENAWAR PENYAKIT)

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu
saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.


Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah
"Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Saturday, December 13, 2008

Mahir IT part 1

SHORT CUT KEY adalah untuk kerja-kerja pantas atau apabila maouse anda tidak berfungsi.

  • CUT, COPY, PASTE. Bila anda membuka beberapa aplikasi serentak tekan CTRL + C untuk Copy, CTRL + V untuk Paste, CTRL + X untuk Cut dan bila anda melakukan kesilapan tekan CTRL + Z untuk Undo.
  • Untuk ke SYSTEM PROPERTIES dengan pantas - Tekan butang WIN + Pause/Break
  • Sekiranya anda ingin restart windows dan bukannya kesluruhan komputer. Tenkan kunci Shift sambil menekan Restart.
  • Kesilapan mengembalikan CAPS LOCK ke asal bila menaip menyebabkan anda tersasul beberapa perkataan. Anda boleh memasukkan sound untuk memberitahu anda. Buka Control Panel - 2x klik Accessibilty Option - dan pilih Use Toggle Key - OK.
  • Tekan CTRL + HOME untuk ke awal dokumen dan CTRL + END untuk ke akhir dokumen.
  • Sekiranya taskbar sering mengganggu anda ketika anda sedang melakukan tugas. Anda boleh menyembunyikan taskbar dengan cara klik pada "start" - "setting" - "taskbar option". Seterusnya pastikan anda menandakan ruangan hide "taskbar".
  • Tekan F2 untuk rename fail atau folder dengan cepat.
  • Tekan ALT + SPACE + N untuk mengecilkan window, ALT + SPACE + X untuk membesarkan dan ALT + R untuk kembali ke asal. Tekan ALT + F4 untuk menutup window.
  • Untuk memilih semua fail dalam folder, tekan CRRL + A dan untuk melihat pop up menu dengan pantas tekan SHIFT + F10.
  • Kekunci WIN pada keyboard anda mempunyai beberapa fungsi. Cuba tekan (Hold) kekunci WIN dan tekan e, f, m, r. Cuba tekan CTRL + ESC + P, apa yang anda dapati ?

Thursday, December 11, 2008

Sorok bawah almari...

Razeen mengikut rakan serumahnya Iwan, balik bercuti ke Pasir Mas, Kelantan. Pada hari kedua Razeen di Kelantan, mereka telah membeli-belah di Pengkalan Kubur. Setelah penat membeli-belah seharian, mereka balik ke rumah Iwan dengan keletihan. Apabila sampai sahaja di rumah, Razeen meletakkan kunci kereta dan dompet di atas meja di ruang tamu dan bergegas masuk ke bilik untuk berbaring. Perbuatan itu ditegur oleh emak Iwan.

Emak Iwan : Razeen, jange letok beg duit atah mejo tu. Gi sipe dale sorok bowoh mari nu. Letok lua nanti main budok-budok.

Sambil menunujukkan almari di dalam bilik. Razeen pun menurut arahan emak Iwan.

Setelah Razin berehat beberapa ketika, Iwan masuk ke bilik tersebut.

Razeen : Ramai ke pencuri kat kampung ni?

Iwan : Tak adalah! Setahu aku tak ada pun kes curi . Kenapa kau tanya?

Razeen : Saje je. Tadi mak kau suruh aku sorok dompet, agaknya takut orang curilah tu.

Iwan : Eh! tadi kan kau letak dompet dengan kunci kereta kat atas meja kat depan?

Razeen : Tu la, tapi mak kau suruh aku sorok.

Iwan : Kau sorok kat mana?

Razeen : Mak kau suruh aku sorok kat bawah almari tu. Susah payah aku selitkan dompet dan kunci kereta nak masukkan bawah almari. Nasib baik ada renggang sikit kat lantai yang tak rata tu.

Iwan : Bawah almari ?

Razeen : Tulah problemnya. Aku susah payah selitkan bawah almari, tapi sekarang tak tau macam mana nak ambil balik. Dah cuba cungkil dengan kayu pembaris, tapi sangkut. Terpaksalah kita angkat almari tu.

Iwan : Pelik mak aku ni?! Tak pernah dia suruh orang sorok dompet bawah almari. Nanti aku tanya dia.

Iwan pergi ke dapur bertanya kepada emaknya.

Iwan : Mok! Mok suruh Razeen wat gapo denga beg duit dio tadi?

Mak Iwan : Tak dok suruh buak gapo. Tadi mok suruh dio sipe beg duik samo kuci keto molek-molek dale sorok mari tu. Letok rato-rato nati ile!

Iwan : Laa, giitu ko? Hey Razeen! Mak aku bukan suruh kau sorok bawah almarilah! Dia suruh kau simpan dalam laci kat bahagian bawah almari tu.

Razeen : Aku dengar dengan jelas dan nyata tadi dia suruh aku sorok. Memang aku tak pandai cakap Kelantan, tapi kalau setakat sorok tu, aku boleh faham lagi.

Iwan : Faham apa ke bendanya... Sebenarnya kau tak faham, kau kena cari girlfriend orang Kelantan ni, senang nak belajar.

p/s : Kalau tak faham pergi tanya orang Kelantan....

Sikap perempuan yang susah kita nak faham

* Dia beli kasut baru hampir setiap bulan dia cakap sebab dia nak sentiasa up to date, tapi kalau kita beli kasut baru pasal kasut lama kita dah koyak dia cakap kita nak mengorat awek lain.

* Kalau dia puji Tom Cruise tu hendsome dia cakap sebab dia memang peminat setia, tapi kalau kita puji Siti Nurhaliza tu cantik dia cakap kita suka membanding-bandingkan dia dengan perempuan lain.

* Kalau dia tak telefon kita seminggu dia cakap itu tak bermakna dia tak rindu kita, tapi kalau kita tak telefon dia selang dua hari dia cakap kita dah curang.

* Kalau dia senyum kat lelaki lain dia cakap dia memang seorang yang murah dengan senyuman, tapi kalau kita senyum dekat perempuan lain dia cakap kita nak mengorat ler tu.

* Kalau dia lewat dia cakap sebab jalan jem, tapi kalau kita lewat dia cakap mesti kita nak beri alasan jalan jem.

* Dia selalu cakap dalam sesuatu hubungan mesti ada "give and take" tapi kalau sesekali kita suruh dia bayar lunch,dinner atau tiket wayang mesti dia cakap kita ni tak gentleman, last-last kita jugak yang kena bayar.

* Kalau dia diam memanjang, dia cakap dia tak ada mood dan tak tahu apa nak cakap, tapi kalau kita diam memanjang dia cakap mesti kita tengah teringatkan perempuan lain.