CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Tuesday, April 28, 2009

Bahaya Mouse Optik


M
ouse optik, mungkin sudah banyak pengguna komputer yang sudah menggunakan benda kecil ini. Namun, tahukah Anda bahwa mouse optik dapat memberikan efek sampingan kepada penggunanya?

Kira-kira semenjak tiga tahun setelah dilancarkan mouse optik pertama oleh Microsoft, telah dikenalpasti bahawa terdapat ribuan radiasi yang dipancarkan oleh mouse optik ke permukaan tangan. Mouse optik bekerja dengan memancarkan gelombang elektromagnetik frekuensi tinggi ke permukaan di bawahnya. Frekuensi yang digunakan lebih tinggi daripada handphone.

Mungkin sudah banyak pengguna yang mengetahui, bahawa telapak tangan dan kaki merupakan pusat hujung syaraf tubuh. Oleh itu, radiasi dari mouse yang dirasakan di telapak tangan dapat mempengaruhi kesihatan pengguna. Menurut pengamatan dari badan kesihatan dunia, WHO, radiasi dari mouse setara 5 kali radiasi handphone, dan akan lebih berbahaya jika mouse optik dipegang terus-menerus oleh pengguna komputer.

Untuk produk mouse optik berkualiti rendah, pengaruh radiasi elektromagnetik akan lebih terasa. Bagi produk yang bagus telah menggunakan pelindung (shield) di mouse optik bagi guna melindungi pergelangan tangan. Oleh kerana adanya bahaya yang cukup mengkhawatirkan ini, WHO, GreenPeace, dan CNN sudah menghentikan penggunaan optical mouse untuk seluruh kegiatan di pejabat mereka. Sementara untuk Microsoft dan IBM telah saling bekerja sama untuk pembuatan pointer device yang lebih selamat, dengan dana sekitar $2 juta.

Untuk itu, pengguna dapat mulai membiasakan menggunakan mouse hanya ketika diperlukan, dan mungkin dapat lebih berlatih menggunakan shortcut keyboard, seperti “Ctrl-V” untuk paste, dan sebagainya.




Monday, April 27, 2009

Mengawal Penggunaan Pemacu USB

A
dakah anda sudah begitu arif dengan USB?? Pemacu USB boleh digunakan dengan lebih berkesan dengan sokongan perisian unik seperti USBDeview 1.17 dan USB Disk Ejecktor 1.1.

Seperti sedia maklum, Perisian USBDeview 1.17 mampu mengesan semua peranti USB yang sedang ataupun yang pernah dihubungkan pada sistem komputer anda. Ia boleh memaparkan data terperinci peranti USB seperti nama, keterangan, jenis, nombor siri dan sebagainya. Selain itu, ia juga membolehkan anda memutuskan sambungan peranti USB dan mencipta laporan semua peranti USB yang tersenarai.

Manakala Aplikasi USB ejector 1.1 boleh memutuskan sambungan pemacu USB dengan lebih mudah dan pantas. ia sesuai menjadi pengganti kepada fungsi "safely remove hardware" yang dianggap agak leceh oleh sesetengah pengguna PC. Jadi anda boleh memutuskan mana-mana peranti yang dihubungkan, hanya dengan dwiklik pada tetikus. Contohnya, sekiranya anda ingin memutuskan sambungan pemacu USB flash, tanpa perlu menggangu mana-mana storan USB lain yang dihubungkan.

Sekiranya Kedua-dua perisian ini anda minati anda boleh muat turun di laman web http://www.softpedia.com


Sunday, April 26, 2009

Mematikan Security Center warnings

Keselamatan adalah sebuah sistem keselamatan yang direka untuk melindungi sistem komputer dan data penting daripada kerosakan atau capaian oleh orang yang tidak dingini.
Terdapat banyak program antivirus dan firewall yang digunakan untuk mengelola system keselamatan komputer.
Pada masa kini banyak syarikat-syarikat yang ditubuhkan dalam membangun program antivirus atau firewall di windows XP untuk menjaga keselamatan komputer. Tetapi jika anda tidak install dengan antivirus pada windows anda, firewall dan kemaskini secara automatik, Anda akan seringkali diberikan amaran oleh Security Center warnings bahawa "Your computer may be at risk. Your virus protection status is unknown". Anda dapat mematikan mesej ini dengan mengubah nilai-nilai "AntiVirusDisableNotify" di tetingkap registry.

Ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk mengedit registry komputer untuk off mesej tersebut:

* Pertama, klik butang Start kemudian ketik regedit di Run pilihan.

* Di sini untuk menemukan lokasi:

HKEY_LOCAL_MACHINE \ SOFTWARE \ Microsoft \ Security Center

*Di sini di kanan panel, klik dua kali pada AntiVirusDisableNotify dan ubah kepada nilai 1.

*Sekarang tutup registry editor dan restart komputer untuk melihat perubahannya.

Saturday, April 25, 2009

Mengubah Nama Ikon Recycle Bin Anda

Pada pertama kali anda Log On ke desktop windows, anda pasti akan menjumpai banyak icon yang berlainan namanya. Semua nama icon tersebut dapat anda gantikan dengan keinginan citarasa anda kecuali Recycle Bin.

Oleh itu, di bawah ini saya berikan teknik untuk kita mengubah nama Recycle Bin :-

1. Pergi ke Run dari Start menu. Lalu taip REGEDIT.

2. Setelah tetingkap REGEDIT muncul, pergi ke:

HKEY_CURRENT_USER \ Software \ Microsoft \ Windows \ ShellNoRoam \ MUICache.

3. Kemudian cari String yang memiliki Value Name:

@D:\WINDOWS\system32\SHELL32.dll,-8964

Atau Value Data: Recycle Bin

4. Anda perlu gantikan Value Data yang tadinya Recycle Bin menjadi Tong Sampah atau apa-apa nama yang anda inginkan.

5. Setelah anda mengubahnya klik OK, dan yang terakhir iaitu pilih menu View dari

Registry Editor dan pilih Refresh (F5).

6. Tutup window Registry Editor, klik kanan pada desktop dan pilih Refresh.

Maka secara automatik nama Recycle Bin anda akan berubah namanya menjadi Tong Sampah.

Selamat Mencuba….

p/s: Kalau x berani, jangan cuba.... Nnt rosak plak komputer....

Shortcut Key

Di bawah ini adalah antara shortcut key yang boleh membantu mempercepatkan kerja.

CTRL + E : Mengalihkan teks ke posisi tengah
CTRL + R : Mengalihkan teks ke posisi kanan
CTRL + O : Membuka sesuatu fail
CTRL + P : Print
CTRL + A : Memilih semua(text, fail, dll)
CTRL + S : Simpan(save)
CTRL + F : Melakukan carian
CTRL + G : Pergi ke muka surat seterusnya
CTRL + H : Melakukan tindanan terhadap text
CTRL + K : Meletakkan hyperlink
CTRL + Z : Kembali ke keadaan sebelum
CTRL + X : Kerat(cut) sesuatu(text, gambar, fail dll)
CTRL + C : Membuat salinan(copy)
CTRL + V : Tampal(paste)
CTRL + B : Bold perkataan
CTRL + N : Memulakan muka baru

Selamat mencuba..

Sunday, April 19, 2009

Mozilla Firefox - Pelayaran lebih selamat dan pantas.

Firefox adalah browser alterlatif selain Internet Explorer, Opera dan sebagainya. Pelayaran menjadi lebih selamat menggunakan Firefox kerana mampu menghalang popup yang muncul ketika anda melayari internet. Firefox menggunakan tab browsing dimana anda boleh menggunakan satu browser sahaja untuk melayari pelbagai web. Saya sendiri menggunakan Firefox kerana pelayaran menggunakan Firefox lebih laju berbanding Internet Explorer.

Klik kat bawah kalau nak download...



Defragment - Lajukan PC anda.

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai defragment ini. Bagi mereka yang tidak tahu pula, defragment merupakan satu aplikasi yang mampu menyusun file-file yang bersepah di dalam pemacu. Semua file yang bersepah menyebabkan komputer berfungsi dengan perlahan. Saya sarankan supaya anda mendefrag harddisk dua minggu sekali. Kekerapan anda mendefrag pemacu bergantung pada cara penggunaannya.

Sekiranya anda sering menggunakannya untuk mencuba sesuatu aplikasi, games atau mendownload sesuatu file(install kemudian uninstall), mungkin anda patut mendefrag komputer anda dengan lebih kerap.

Defragmenter ni ada kat Start\All Programs\Accessories\System Tools







Top 10 Antivirus


Ramai diantara kita yang tertanya-tanya apakah antivirus yang terbaik buat mereka. Sebenarnya antivirus yang terbaik ialah antivirus yang selalu dikemaskini. Jika tidak dikemaskini, antivirus anda tidak dapat mengesan kebanyakan virus yang semakin hari semakin bertambah dalam dunia komputer.

Tapi banyak antivirus yang tidak betul-betul membunuh virus tu... Detect virus pun tak... Bagi saya, setelah macam-macam jenis antivirus dah saya cuba... Tp yang paling baik bg saya ialah Kaspersky... Tapi masalahnya susah betul nak cari key antivirus ni... Asyik blacklist aje... Jadi terpaksa la beli Kaspersky yang original minggu lepas... Tu pun beli yang 3 users, kongsi ngan member2... Melayang RM40...

Kat atas tu Top 10 antivirus sekarang ni...
Ataupun klik je kat sini...