CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, May 4, 2009

Tips Penjagaan Persekitaran Komputer

D

isini ada beberapa tips penjagaan persekitaran komputer untuk anda.Tips ini adalah untuk penjagaan persekitaraan komputer anda.Jika anda berjaya melakukan 4 tips ini, Insya’Allah komputer anda boleh bertahan lama.

1. Debu
Musuh komputer yang utama adalah debu/habuk.Jangan letak komputer anda di bahagian sentiasa mempunyai habuk seperti berhampiran dapur.Jangan letakkan komputer anda dibahagian bawah atau berada dilantai, ia memudahkan lagi habuk merosakkan komputer anda.Sekiranya anda membersihkan umah, seperti menyapu, mengibas permaidani atau baju jauhi dari komputer anda.Seelok2nya sediakan bilik khas untuk komputer ” Bilik Komputer”

2. Minuman dan Makanan
Elakkan daripada minum atau makan ketika menggunakan komputer.Ia akan mendatangkan masalah sekiranya air atau makanan anda tertumpah pada keyboard atau perkakasan lain.

3. No smoking

Asap atau habuk rokok boleh menyebabkan kerosakan pada komputer.Habuk rokok mudah menyelinap masuk pada celah2 keyboard.Sekiranya anda bukan perokok, jauhilah komputer anda dari perokok2 ketika menghisap rokok untuk menggunakan komputer anda. 'Lagipun merokok tu kan haram...'

4. Haba
Haba juga adalah salah satu musuh utama kerosakkan komputer.Gunakanlah komputer anda di tempat yang mempunyai aliran udara yang bagus.Semakin lama anda menggunakan komputer semakin banyak haba dikeluarkan.Sekiranya haba terlampau panas, Ia boleh menyebabkan kerosakkan pada komponen komputer spt processor. Seelok2nya gunakanlah kipas atau penghawa dingin di persekitaran komputer anda.




0 comments: