CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Monday, April 27, 2009

Mengawal Penggunaan Pemacu USB

A
dakah anda sudah begitu arif dengan USB?? Pemacu USB boleh digunakan dengan lebih berkesan dengan sokongan perisian unik seperti USBDeview 1.17 dan USB Disk Ejecktor 1.1.

Seperti sedia maklum, Perisian USBDeview 1.17 mampu mengesan semua peranti USB yang sedang ataupun yang pernah dihubungkan pada sistem komputer anda. Ia boleh memaparkan data terperinci peranti USB seperti nama, keterangan, jenis, nombor siri dan sebagainya. Selain itu, ia juga membolehkan anda memutuskan sambungan peranti USB dan mencipta laporan semua peranti USB yang tersenarai.

Manakala Aplikasi USB ejector 1.1 boleh memutuskan sambungan pemacu USB dengan lebih mudah dan pantas. ia sesuai menjadi pengganti kepada fungsi "safely remove hardware" yang dianggap agak leceh oleh sesetengah pengguna PC. Jadi anda boleh memutuskan mana-mana peranti yang dihubungkan, hanya dengan dwiklik pada tetikus. Contohnya, sekiranya anda ingin memutuskan sambungan pemacu USB flash, tanpa perlu menggangu mana-mana storan USB lain yang dihubungkan.

Sekiranya Kedua-dua perisian ini anda minati anda boleh muat turun di laman web http://www.softpedia.com


0 comments: