CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, December 11, 2008

Sorok bawah almari...

Razeen mengikut rakan serumahnya Iwan, balik bercuti ke Pasir Mas, Kelantan. Pada hari kedua Razeen di Kelantan, mereka telah membeli-belah di Pengkalan Kubur. Setelah penat membeli-belah seharian, mereka balik ke rumah Iwan dengan keletihan. Apabila sampai sahaja di rumah, Razeen meletakkan kunci kereta dan dompet di atas meja di ruang tamu dan bergegas masuk ke bilik untuk berbaring. Perbuatan itu ditegur oleh emak Iwan.

Emak Iwan : Razeen, jange letok beg duit atah mejo tu. Gi sipe dale sorok bowoh mari nu. Letok lua nanti main budok-budok.

Sambil menunujukkan almari di dalam bilik. Razeen pun menurut arahan emak Iwan.

Setelah Razin berehat beberapa ketika, Iwan masuk ke bilik tersebut.

Razeen : Ramai ke pencuri kat kampung ni?

Iwan : Tak adalah! Setahu aku tak ada pun kes curi . Kenapa kau tanya?

Razeen : Saje je. Tadi mak kau suruh aku sorok dompet, agaknya takut orang curilah tu.

Iwan : Eh! tadi kan kau letak dompet dengan kunci kereta kat atas meja kat depan?

Razeen : Tu la, tapi mak kau suruh aku sorok.

Iwan : Kau sorok kat mana?

Razeen : Mak kau suruh aku sorok kat bawah almari tu. Susah payah aku selitkan dompet dan kunci kereta nak masukkan bawah almari. Nasib baik ada renggang sikit kat lantai yang tak rata tu.

Iwan : Bawah almari ?

Razeen : Tulah problemnya. Aku susah payah selitkan bawah almari, tapi sekarang tak tau macam mana nak ambil balik. Dah cuba cungkil dengan kayu pembaris, tapi sangkut. Terpaksalah kita angkat almari tu.

Iwan : Pelik mak aku ni?! Tak pernah dia suruh orang sorok dompet bawah almari. Nanti aku tanya dia.

Iwan pergi ke dapur bertanya kepada emaknya.

Iwan : Mok! Mok suruh Razeen wat gapo denga beg duit dio tadi?

Mak Iwan : Tak dok suruh buak gapo. Tadi mok suruh dio sipe beg duik samo kuci keto molek-molek dale sorok mari tu. Letok rato-rato nati ile!

Iwan : Laa, giitu ko? Hey Razeen! Mak aku bukan suruh kau sorok bawah almarilah! Dia suruh kau simpan dalam laci kat bahagian bawah almari tu.

Razeen : Aku dengar dengan jelas dan nyata tadi dia suruh aku sorok. Memang aku tak pandai cakap Kelantan, tapi kalau setakat sorok tu, aku boleh faham lagi.

Iwan : Faham apa ke bendanya... Sebenarnya kau tak faham, kau kena cari girlfriend orang Kelantan ni, senang nak belajar.

p/s : Kalau tak faham pergi tanya orang Kelantan....

0 comments: