CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Thursday, October 9, 2008

Kenali seseorang melalui warna


Erm… benarlah kata orang, warna memainkan peranan penting dalam
menentukan mood seseorang. Warna kesukaan atau kegemaran seseorang
sebenarnya melambangkan peribadi mereka. Apakah warna kegemaran
pasangan anda? Cuba risik dan ketahui warna pasangan anda kerana anda
boleh menyingkap peribadinya melalui warna tersebut. Ayuh, tinjau warna
pilihan si dia…




Warna Putih

Ha… putih itu suci… warna putih juga terbahagi kepada beberapa pecahan
atau kategorinya, ada yang suka putih susu, putih salji, putih krim,
putih kapas, putih awan dan sebagainya. Walau apapun warna putih
kegemaran si dia, dia merupakan seorang yang berfikiran positif dan
optimistik. Mereka juga berkebolehan dalam menyeimbangkan kehidupan
seharian mereka, antara kerja dan peribadi. Sikap negatif yang dimiliki
oleh si peminat warna putih ialah mereka gemar mengasingkan diri dari
orang ramai. Hal ini kerana mereka berpendapat bercampur dengan orang
ramai, akan menyebabkan mereka bosan dan rasa tidak selesa.

Warna Kuning
Si peminat warna kuning merupakan seorang yang menarik dan penuh
aspirasi. Mereka tidak akan menghadapi sebarang masalah dalam
menyelesaikan sesuatu perkara dan mereka boleh melakukannya tanpa
bantuan orang lain. Namun negatifnya, mereka amat mudah berputus asa,
apabila sesuatu perkara itu tidak dapat diselesaikan. Jika hal ini
merunsingkan, hidulah lemon kerana aroma dan warnanya akan melepaskan
si peminat warna kuning dari tekanan kerja tersebut.

Warna Oren
Jarang sekali kita dengar ada seseorang yang sukakan warna ini. Tetapi,
pastinya ada segelintir dari pasangan kita yang sukakan warna ini.
Penggemar warna oren merupakan seorang yang kreatif, sukakan
persaingan, aktif dan praktikal dalam melakukan sesuatu. Si penggemar
warna oren, merupakan seorang yang suka bersaing dengan sesiapa sahaja.
Bagi mereka persaingan secara sihat ini boleh mencabar minda dan
menambah pengalaman mereka. Adakalanya juga, mereka kurang memberikan
perhatian kepada perkara yang tidak suka dilakukan atau diarah oleh
orang lain.

Warna Merah
Warna ini sering
dikaitkan dengan sikap yang garang dan tegas, juga berani. Si peminat
warna merah adalah individu yang bermotivasi dan mengamalkan gaya hidup
yang aktif. Si merah juga digambarkan sebagai individu yang
berkebolehan sebagai seorang pemimpin. Erm… memang benarlah si peminat
warna ini seorang yang panas baran dan mudah naik angin. Jadi… jangan
la anda sengaja nak buat mereka marah, anda sendiri yang akan dapat
padahnya.

Warna Hijau
Mereka yang meminati
warna ini merupakan seorang yang berperikemanusiaan dan amat prihatin.
Biasanya apabila mereka mempunyai masalah, mereka akan merujuk kepada
alam sekeliling bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan mereka. Awas,
mereka yang meminati warna hijau ini adakalanya tidak boleh dipercayai,
biarpun mereka bersikap berhati-hati apabila melakukan sesuatu perkara.


Warna Ungu Mmm… warna ungu memang cantik. Jika
pasangan anda meminati warna ini, mereka sebenarnya seorang yang agak
sensitif dan berdaya aspirasi yang tinggi. Pengaruh warna ungu kepada
si pemiliknya menggambarkan sikap yang kasar, tidak sabar, dan gemar
memarahi orang lain. Itulah antara sifat yang tidak boleh dielakkan
oleh mereka. Jadi, si penggemar ungu, belajar-belajar la supaya
sentiasa relaks dan positif apabila berhadapan dengan kerja dan
rakan-rakan yang lain. Jangan asyik nak marah jea… nanti orang pun tak
suka dan pulaukan kita, ha macam mana?

Warna Coklat
Erm… mungkin tidak ramai yang sukakan warna ini… tapi mungkin ramai
yang suka makan cokelat. Jika pasangan anda antara golongan yang
meminati warna ini, tahniah kerana pasangan anda seorang yang jujur,
tidak suka meninggi diri dan gemarkan gaya hidup yang amat sederhana,
biarpun mereka boleh dikategorikan ‘anak orang kaya’. Tapi status pada
mereka tidak penting dan mereka amat menghargai sesiapa sahaja yang
berada di sekeliling mereka, termasuk anda. Tapi awas, mereka tidak
suka berhadapan dengan kenyataan? La… kenapa jadi macam tu? Penggemar
warna ini akan acapkali lari dari kenyataan, biarpun hanya perkara yang
remeh.

Warna Biru Erm… mesti ramai yang sukakan
laut atau awan kerana kedua-dua kejadian semulajadi alam ini, berwarna
biru. Bila lihat laut dan awan yang membiru, pastinya kita akan merasa
tenang. Jika pasangan anda meminati warna biru, mereka merupakan
seorang yang bijak dan berperanan besar dalam menentukan hala tuju
kehidupannya. Mereka juga dilabelkan sebagai tempat rujukan bagi
sesiapa yang bermasalah. Si biru berkebolehan menjadi pemimpin kerana
bijak mengatur strategi. Tetapi, adakalanya si biru akan bertindak
melampaui batas untuk mencapai sesuatu yang diingini.

Warna Hitam
Si pemilik warna hitam, merupakan seorang yang tegas, kuat, berdisiplin
dan tidak suka dikongkong. Cubalah kongkong pasangan anda yang gemarkan
warna ini, pastinya akan berlaku pemberontakan yang tidak
disangka-sangka. Walau bagaimanapun, apa yang anda perlu tahu tentang
si penggemar hitam ialah, mereka kurang berkeyakinan dan adakalanya
memerlukan sokongan atau bantuan dari orang lain.

Warna-warna yang perlu dielakkan.

Elakkan warna hijau jika anda berada dalam keadaan yang keliru dalam
apa jua perkara. Ini kerana hijau boleh mempengaruhi fikiran anda
sehingga anda sukar membuat pilihan atau keputusan. Sebaliknya pilihlah
warna putih apabila anda berasa keliru. Tetapi jika anda berasa kurang
bersemangat, elakkan warna putih, kerana putih akan menyebabkan anda
lebih bosan dalam melakukan sesuatu perkara.

Erm… anda
sering merasa gundah gulana? Tipsnya mudah sahaja, apabila anda
dihantui perasaan ini, elakkan warna merah kerana merah menjadikan anda
agresif sehingga mungkin akan melakukan perkara-perkara yang negatif.
Bagi mereka yang ingin ‘enjoy’ bersama rakan-rakan, elakkan memakai
pakaian yang berwarna hitam kerana anda tidak akan dapat merasai
keseronokan bersama rakan-rakan anda.

0 comments: